Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 pegawai kanan SPRM terima ugutan

16 APRIL: Dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dilaporkan menerima ugutan serta peluru hidup yang diletakkan di dalam peti rumah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki (foto) mengesahkannya dan berkata kedua-dua pegawai kanan terbabit bertugas di ibu pejabat di Putrajaya.

“Salah seorang daripada mereka menerima nota amaran berbaur ugutan semalam dan seorang lagi menerima ugutan peluru hidup petang hari ini di rumahnya.

“Kita percaya ugutan yang diterima ini ada kaitan dengan kes-kes yang sedang disiasat SPRM,” katanya dipetik.

Tambah Azam, kedua-dua pegawai yang berpangkat Jusa C sudah membuat laporan polis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 8:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: