Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 pegawai RAPID Pengerang dicekup

5 MAC:  Dua pegawai Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima sogokan daripada seorang pemilik restoran.

Laporan Bernama memetik sumber yang berkata penahanan itu berlaku pada jam 3 petang tadi di Rapid Pengerang.

Kedua-dua lelaki yang berusia 44 dan 49 tahun dikatakan bekerja sebagai pegawai keselamatan dan pengurus Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran.

Sumber berkata suspek dikatakan menerima wang rasuah berjumlah RM25,000 daripada pemilik restoran sebagai dorongan untuk mendapatkan peluang untuk membuka kantin dan meluluskan kerja paip gas di salah sebuah kafe di dalam kawasan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dilaporkan mengesahkannya dan berkata pihaknya akan memohon perintah reman ke atas kedua-dua suspek esok.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 March 2018 10:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: