Kategori Berita Antarabangsa

2 remaja Palestin ditembak mati tentera zionis

12 JAN: Dua remaja Palestin ditembak mati tentera Israel dalam dua pertempuran berasingan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Menurut sumber perubatan Palestin dan beberapa saksi, seorang remaja berusia 16 terbunuh dan dua cedera ketika bertempur dengan tentera Israel berhampiran sempadan Gaza-Israel.

Dalam kejadian itu, mereka didakwa membaling batu ke arah tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata, rusuhan ganas meletus di dua lokasi sepanjang sempadan Gaza dan 50 penduduk Palestin menyertainya, membaling batu dan menggolekkan tayar yang terbakar ke arah anggota tentera.

Remaja kedua yang juga berusia 16 tahun maut dalam rusuhan di kampung Bureen berhampiran Nablus di tengah Tebing Barat. – Reuters

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 January 2018 9:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: