Kategori Berita Antarabangsa

20 mayat pendatang ditemui terapung di perairan Libya

24 MEI: Sekurang-kurangnya 20 mayat pendatang warga Afrika ditemukan terapung di laut kira-kira 48 kilometer dari pantai Libya ketika usaha menyelamat kira-kira 1,700 orang penumpang yang berasak-asak menaiki 15 buah bot diteruskan.

Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Itali, Cosimo Nicastro berkata, kira-kira 200 orang pendatang terjatuh ke dalam air apabila sebuah bot didapati dalam keadaan berbahaya.

“Sekurang-kurangnya 20 mayat pendatang ditemukan sedang terapung,” kata Nicastro, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya sedang meminta bantuan lebih banyak kapal bagi membantu usaha menyelamat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 May 2017 8:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: