Kategori Berita Utama

20 saksi beri keterangan kes tumbuk timbalan menteri

15 JAN : Seramai 20 saksi sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan dan kertas siasatan berhubung kes serangan terhadap Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dijangka akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kertas siasatan kes itu selesai selepas polis merekodkan keterangan 20 saksi setakat ini.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

kamalanathanmicDalam kejadian kelmarin, Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor cedera ringan di leher selepas ditumbuk seorang pemuda di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program yang dianjurkan di kawasan berkenaan.

Ekoran kejadian itu, MIC menggesa tindakan diambil ke atas ahli UMNO yang didakwa menumbuk Kamalanathan pada Ahad lalu.

Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap ahli Pemuda UMNO Hulu Selangor dan menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan.

Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan mahu insiden itu diselesaikan secara berhemah dalam saluran parti.

Beliau yang dihubungi pada Isnin berkata, akan berjumpa dengan kedua-dua pihak untuk mendapat gambaran jelas berhubung insiden itu sebelum sebarang tindakan boleh diambil.

“Saya harap ianya boleh diselesaikan melalui penyelesaian dalaman parti,” katanya kepada bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2014 12:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: