Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

200 anak babi ganggu lalu lintas

26 JAN: Pengguna jalan raya di Kilometer 31 Jalan Moyog Penampang-Tambunan di Sabah dilaporkan terkejut apabila melihat sekawan anak babi berkeliaran di atas jalan raya.

Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, ia berlaku selepas lori yang membawa muatan 200 ekor anak babi itu terbalik di bahu jalan.

Laporan Astro Awani menyebut lori berkenaan dalam perjalanan menghantar bekalan anak babi terbabit ke sebuah lokasi di Penampang.

Bagaimanapun pemandu dan kelindan lori berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 January 2018 11:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: