Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

200 kakitangan SPNB tekad jauhi rasuah

27 DIS: Tekad untuk menjauhi amalan rasuah dan salahguna kuasa membuatkan 200 kakitangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Lafaz ikrar berkenaan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd  Jamil.

Menurut Azizi (foto), lafaz ikrar ini mampu meningkatkan kesedaran serta mendidik masyarakat dalam usaha memerangi gejala itu secara berterusan.

“Langkah ini sekali gus dapat memberi mesej kepada masyarakat bahawa kita akan menjalankan tugas dengan jujur dan amanah, dan mendokong semua prinsip pencegaha rasuah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani dan Melafazkan IBR di ibu pejabat SPNB di ibukota hari ini.

Susulan itu, Azizi berkata pihak pengurusannyatidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana kakitangan syarikat yang terjebak dalam perbuatan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 December 2017 11:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: