Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2,000 hadiri majlis berbuka puasa rumah PM

29 MEI: Seramai 2,000 orang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Acara tahunan itu disertai barisan kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Duta serta para pemimpin kanan kerajaan.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Dalam majlis berkenaan, Najib serta isteri berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 75 orang anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi, Rumah Anak Yatim Al -Fateh, Kajang dan Maahad Tahfiz Az Zean, Sungai Buloh.

Sejurus acara berbuka puasa, beliau menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawikh secara berjemaah dengan para hadirin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 May 2017 9:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: