Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

200,000 pelajar asing jadikan Malaysia hub pendidikan serantau

2 OKT: Pelbagai promosi dan publisiti telah dilakukan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau menjelang tahun 2020.

Dalam misi mencapai matlamat berkenaan, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Mary Yap Kain Ching menjelaskan, sekurang-kurangnya 200,000 pelajar antarabangsa diperlukan bagi mengikuti pengajian di universiti awam (UA) mahu pun di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.

Katanya, seperti yang digariskan dalam pembangunan pendidikan tinggi Malaysia, KPT telah mengenal pasti negara-negara yang berpotensi bagi mendapatkan pelajar yang sesuai untuk meneruskan pengajian mereka di Malaysia.

“Melalui plan straregik antarabangsa, antara negara berpotensi tersebut ialah di timur tengah, afrika utara, asia tengah, Indonesia dan China.

“Program promosi dan publisiti akan dipertingkatkan berserta pakej-pakej yang diyakini dapat menarik minat pelajar antarabangsa belajar di Malaysia,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Liang Teck Meng.

Tambahnya lagi, KPT juga memperkenalkan pas lawatan sosial kepada ahli keluarga pelajar pasca siswazah antarabangsa

“Kita juga telah menjalinkan kerjasama dengan pihak alumni supaya dapat membantu KPT mencari pelajar antarabangsa selain menggunakan media sosial, dan tawaran bigsiswa digital marketing,” kata Ahli Parlimen Tawau itu.

Menurut Mary, setakat ini jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia ialah 130406 orang .

“Daripada jumlah itu 170100 orang pelajar mengikuti pengajian pra Ijazah iaitu masing-masing 10126 di Universiti Awam (UA) dan 96974 di IPTS.

“Manakala 30306 diperingkat pasca ijazah iaitu 19008 orang di UA dan 11298 oranv di IPTS,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 November 2017 3:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: