Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

204 sesawang lucah disekat SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  (SKMM) menyekat 204 lawan sesawang yang terlibat dengan kelucahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ia antara 300 aduan diterima oleh suruhanjaya, sepanjang tahun ini kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari di Dewan Rakyat, Rabu.

Selain itu, lima kertas siasatan berkaitan kesalahan menghina agama Islam di laman sesawang dibuka SKMM sehingga Ogos lalu.jailanijohari

Menurut Jailani  selain tindakan mahkamah, tindakan sekatan juga telah diambil terhadap laman sesawang atau blog yang telah dikenal pasti.

“Dalam usaha ini, pihak suruhanjaya (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sentiasa bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mana-mana badan penguat kuasa yang lain termasuk Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dalam penyaluran maklumat dan bantuan teknikal bagi siasatan kes-kes seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan ahli Parlimen PAS Parit Buntar Datuk Dr Yusof Rawa yang ingin tahu jumlah blog yang menghina Islam serta tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pemiliknya.

Bagi aduan yang diterima terhadap 197 pengguna Facebook, Jailani berkata suruhanjaya telah membuat permohonan kepada Facebook untuk mendapatkan maklumat pengguna terbabit bagi tujuan pengumpulan bukti.

“Ini adalah sebagai langkah siasatan awal berkaitan aduan yang diterima berkaitan pelanggaran Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya. – 25/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 September 2013 8:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: