Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

21 barangan skim kawalan harga perayaan bermula Sabtu

13 JUN: 21 barangan telah diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, skim kawalan ini berkuatkuasa di seluruh negara selama 14 hari iaitu bermula 17 Jun hingga 30 Jun.

“Para peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu.

“Harga maksimum ditentukan untuk 151 kawasan yang merangkumi 91 daerah dalam Semenanjung Malaysia, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah dalam Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri 2017 di Putrjaya, Selasa.

Menurutnya, skim kawalan harga ini dapat membantu pengguna berbelanja dengan berhemah dan membanteras peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga barangan di musim perayaan.

Katanya, antara barangan terlibat adalah ayam hidup, daging lembu tempatan, bawang merah kecil dan kelapa parut.

“Kementerian saya akan memantau perniaga-perniaga ini dan  akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang melanggar skim kawalan harga ini,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 1:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: