Kategori Berita Antarabangsa

23 tentera Mesir terbunuh dalam serangan bom

8 JULAI: Sekurang-kurangnya 23 tentera Mesir terbunuh manakala lebih 26 lagi cedera dalam serangan bom bunuh diri berhampiran pos pemeriksaan tentera di utara Sinai, lapor sumber keselamatan.

Dua buah kereta yang dipandu dua pengebom bunuh diri dilaporkan meletup ketika melepasi dua pintu masuk di kawasan jalan di luar bandar sempadan Rafah.

Sehingga kini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – REUTERS

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 July 2017 10:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: