Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2,400 tan sisa makan dibuang setiap hari

31 MEI: Setiap hari, lebih 80 peratus sisa makanan daripada 3,000 tan sampah dibuang oleh penduduk sekitar Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ianya berdasarkan analisis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini.

Menurutnya lagi, pembaziran makanan ini dijangka meningkat pada bulan Ramadan dan susulan itu, kempen MYSaveFood@Ramadan yang dianjurkan oleh  Kementerian Pertanian dan Indsutri Asas Tani mampu memberi kesedaran kepada mereka.

“Kajian yang kita jalankan ini pada hari biasa, bukannya pada Ramadan, namun pembaziran yang dilakukan sangat ketara.

“Diharapkan dengan adanya kempen yang dilaksanakan oleh ini, membantu menyedarkan masyarakat supaya tidak membazir ketika membeli juadah makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen MYSaveFood@Ramadan bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Bazar Ramadan, Presint 3, Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Shabery  berkata pihaknya mahu jadikan Wilayah Persekutuan sebagai model terbaik bagi membangunkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam supaya tidak membazir makanan.

“Saya tidak menghalang masyarakat untuk membeli kerana ia bagus untuk penjaja tetapi perlulah membuat perancangan iaitu beli dalam jumlah yang sedikit supaya makanan tidak dibazirkan.

“Difahamkan, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut bersama dalam kempen ini, NGO ini akan bekerjasama dengan penjaja untuk mengagihkan makanan yang tidak habis dijual kepada golongan yang memerlukan,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 May 2017 8:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: