Kategori Berita UtamaUncategorized

Minta maaf, tarik balik kenyataan: Mana integriti pembangkang?

Sebagai manusia biasa, memang manusia tidak pernah terlepas melakukan kesilapan samada perbuatan ataupun dalam percakapan.

Malangnya, ada sesetengah pemimpin pembangkang termasuk ahli Parlimen mereka sengaja buat silap dan cakap perkara yang tidak betul semata-mata mahu meraih laba politik dan mahu menunjuk merekalah lebih hebat berbanding pemimpin kerajaan.

Mereka ini sengaja bermulut celupar di luar dan di Parlimen malah ada masanya engkar arahan Speaker supaya setiap ahli Yang Berhormat menjaga mulut dan perlakuan ketika berbahas di dalam Dewan.

3pembangkangBarangkali juga kerana ada ‘kekebalan’ daripada tindakan undang-undang ketika berhujah di Dewan Rakyat menyebabkan ada ahli parlimen pembangkang bermulut celupar atau bercakap apa sahaja tanpa peduli perkara itu benar atau tidak.

Namun, ada pepatah, sebab mulut badan binasa.

Itulah akibat terpaksa ditanggung oleh mereka yang bermulut celupur atau suka hentam kromo apabila bercakap.

Ahli Palimen PKR Pandan, Rafizi Ramli terpaksa menarik balik kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Datuk Seri Dr Zahid Hamidi kononnya Menteri Dalam Negeri itu terlibat dalam transaksi perolehan tanah dan saham oleh Bousted Holdings Bhd. (Boustead).

Ini kerana Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh menyaman Rafizi RM10 juta  kerana pemimpin PKR itu  telah menulis dan menerbitkan artikel dalam blognya yang mengandungi perkataan fitnah dan palsu mengenai Zahid, pejabat serta pekerjaan sebagai Menteri Pertahanan ketika itu.

Zahid dalam tuntutan samannya menegaskan, niat sebenar Rafizi yang dinamakan sebagai defendan berbuat demikian untuk memburukkan nama dan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadapnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

rafiziramli

Rafizi…berdepan saman RM10 juta

Sebelum itu, Zahid telah memberikan penjelasan berhubung tuduhan Rafizi berhubung isu Awan Megah Sdn Bhd tetapi Rafizi terus memfitnah Naib Presiden UMNO iru kononnya terbabit dalam keputusan Boustead untuk memasuki transaksrafiziramliirafiziramli bagi perolehan pembangunan tanah dan saham syarikat, Astacanggih Sdn. Bhd. daripada Awan Megah Sdn. Bhd.

Boustead Holdings Bhd anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) manakala Zahid ketika itu adalah rafiziramliMenteri Pertahanan.

Pemimpin PAS juga ramai bermulut celupar termasuk ahli parlimen Sepang Mohamad Hanipa Maidin yang membuat kenyataan di Dewan Rakyat baru-baru ini yang disifatkan berniat jahat bagi menjatuhkan maruah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hanipa ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Pindaan Khas) 2013 oleh ahli parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO bercakap, “Marilah kita titiskan darah Cina dengan keris” ekoran Ops Lalang pada 1987.

hanipamaidin

Hanipa…terpaksa tarik balik kenyataan pasal Perdana Menteri

Kenyataan itu menyebabkan ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah membawa usul bagi merujuk pemimpin PAS itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan di bawah Peraturan 36 (6) kerana bersangka jahat kepada ahli Yang Berhormat lain yang jika sabit boleh digantung menghadiri persidangan Dewan.

Pemimpin PAS itu pada mulanya cuba menafikan dakwaan bahawa membuat kenyataan sedemikian tetapi beliau terperangkan apabila Ahmad membacakan penyata rasmi atau hansard Dewan Rakyat yang merakam setiap pertuturan ahli-ahli Yang Berhormat ketika berbahas.

Seperti Rafizi yang terpaksa menarik balik kenyataan fitnah terhadap Zahid kerana berdepan saman RM10 juta, Hanipa juga terpaksa menarik balik kenyataannya bagi mengelak tindakan digantung menghadiri persidangan sebagai ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Jika PKR dan PAS ada pemimpin yang bermulut celupar, DAP yang juga sekutu mereka dalam pembangkang juga ada pemimpin turut celupar dan suka membuat tuduhan melulu yang banyak tidak benar.

Terbaru, Tony Pua, ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara terpaksa menarik balik semua sindiran terhadap keluarga bekas Ketua Setiausahs Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dibuatnya dalam beberapa artikel dan video berhubung syarikat milik anak Mohd Sidek dan menantunya.

 

Suzi Suliana Mohd. Sidek dan suaminya Todd Michael Morath memfailkan saman itu pada 16 Oktober 2012 setelah mendakwa Tony atau Pua Kiam Wee, berniat memalukan dan merosakkan perniagaan serta nama baik mereka di beberapa buah syarikat berhubung kelulusan sistem tarif tenaga solar di negara ini.

Penyudahan saman itu direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng selepas Tony membacakan kenyataan beliau sebagai penjelasan bagi penyelesaian saman tersebut.

Tony dalam penjelasan tersebut antaranya menyatakan, bagi mengelakkan sebarang keraguan, beliau menarik balik semua sindiran terhadap keluarga tersebut yang terkandung dalam kenyataannya sebelum ini.

Beliau juga memberi akujanji akan mengeluarkan semua komen yang dibuat oleh para pengunjung blognya yang menyentuh pihak plaintif dan juga Mohd. Sidek ekoran daripada tohmahan yang dilemparkan oleh beliau sebelum ini.

tonypua

Tony Pua kes dengan anak bekas Ketua Setiausaha Negara

Kes di atas  adalah contoh jelas membuktikan pemimpin pembangkang terutama ahli Parlimen sama ada daripada PKR, PAS dan DAP sanggup berbuat apa sahaja termasuk menabur fitnah asalkan pembangkang dilihat kononnya membela rakyat.

Disebalik desakan mereka mahu pemimpin Barisan Nasional atau kerajaan bersikap telus atau berintegriti, sikap pembangkang tidak ubah seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai, tetapi ekor penuh najis.

Memang sesuatu yang amat memalukan apabila terpaksa meminta maaf atau menarik balik kenyataan berunsur fitnah.

Namun, pemimpin pembangkang terus ‘tebal muka’ dan lepas ini ada lagi antara mereka akan cakap tanpa bukti asalkan mereka dapat memalukan atau berjaya menjatuhkan imej orang lain.

Lain kali sebelum pembangkang mahu bercakap soal integriti, cermin diri sendiri dahulu. -13/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 November 2013 1:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: