Kategori Berita Utama

27 sudah ditahan ekoran rusuhan di Little India

9 DIS : Setakat ini 27 orang, semuanya dari Asia Selatan sudah diberkas ekoran insiden rusuhan membabitkan warga India dan Bangladesh di Little India di Singapura, Isnin malam.

Polis negara Kota Singa itu terpaksa menggerakan anggota Pasukan Khas Operasi dan Kontinjen Gurkha ke kawasan Little India lokasi di mana berlaku pertempuran antara perusuh dan polis dalam kejadian yang bermula sekitar jam 9.45 malam itu.

Laporan awal agensi berita republik tersebut turut memberitahu seorang warga asing terbunuh akibat rusuhan itu.

Riot breaks out in Singapore after Bangladeshi worker is killed by bus

TERBAKAR…antara kenderaan dibakar dalam rusuhan di Little India Singapura

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata rusuhan di Little India itu sebagai ‘kejadian yang amat serius’ dan kerajaan akan menjejaki pelakunya serta mengambil tindakan tegas undang-undang terhadap mereka.

 “Apa jua kejadian yang mungkin mencetuskan rusuhan itu, tiada sebab untuk mereka melakukan keganasan, kemusnahan dan perlakuan jenayah sedemikian rupa,” katanya.

Mengulas insiden rusuhan itu dalam laman Facebooknya, pagi Isnin beliau mengesahkan, beberapa pegawai polis cedera dan kenderaan rosak atau musnah.

“Keadaan kini terkawal dan siasatan sedang dijalankan,” katanya sambil menggesa rakyat Singapura supaya bertenang.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, gambar atau video tentang kejadian itu supaya menyerahkannya kepada polis.

Seramai 10 pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian rosak dalam kejadian rusuhan itu yang tercetus selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan berkenaan.

singapurariot1

ROSAK…bas dipercayai melanggar seorang warga India dirosakkan perusuh

Menurut polis, pada jam 9.23 malam, satu kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah bas dan seorang warga India berusia 33 tahun di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire.

Sejurus selepas itu rusuhan berlaku melibatkan sekumpulan orang awam kira-kira 400 orang yang merosakkan sejumlah kenderaan dan mengakibatkan beberapa pegawai polis cedera.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean dalam satu kenyataan berkata: “Ini satu kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

“Keadaan kini terkawal. Polis akan bertindak tegas untuk memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 December 2013 6:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: