Kategori Berita Utama

29 Mei digazet Hari Wartawan Nasional

11 APRIL: 29 Mei 2018 digazetkan sebagai Hari Wartawan Nasional bagi mengiktiraf peranan para wartawan dan pengamal media di Malaysia.

Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimana kerajaan telah menerima cadangan proklamasi supaya Hari Wartawan Nasional atau ringkasnya Hawana, disambut pada 29 Mei di setiap tahun.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memberi ruang kepada kebebasan bersuara dan sudahpun melaksanakan kebebasan media melalui pelbagai langkah transformasi tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir dan bersalaman dengan Ketua Pengarang Datuk Roslan Bian serta wartawan pada Hari Wartawan Nasional 2017/18 di MATRADE

“Ia disambut 29 Mei setiap tahun mengambil sempena dengan penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939,” katanya dalam ucapan pelancaran Hari Wartawan Nasional di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Rabu.

Hari Wartawan Nasional atau singkatannya Hawana diwartakan bagi memperingati jasa dan maklumat yang disampaikan oleh para wartawan dan pengamal media.

“Pemimpin yang ‘pernah memerintah 22 tahun itu’ juga turut dikecam Jawatankuasa Melindung Wartawan di peringkat dunia sebagai salah seorang daripada 10 enemies of the press, pada 3 tahun berturut iaitu di tahun 1999, 2000 dan 2001,” ujar beliau.

Najib dalam ucapannya turut menggariskan tiga teras utama bagi memastikan para wartawan dan pengamal media terus di landasan kebebasan bersuara yang sebenar.

“Kebebasan bersuara media itu haruslah disemai dengan sifat tanggungjawab. Kedua, kebebasan media itu haruslah berasaskan kepada kebenaran, hendaklah diketahui, sebelum sesuatu berita atau maklumat itu disiar dan disebarkan, akan memastikan kebenaran dan kesahihan sumbernya terlebih dahulu,” katanya lagi.

Malah Najib juga berkata para wartawan dan pengamal media perlu mengikut tafsiran citra dan budaya tempatan serta bukan mengikut citarasa dari Barat. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 April 2018 8:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: