Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

3 anggota sindiket ijazah palsu direman lima hari

16 APRIL: Tiga individu direman selama lima hari bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengeluaran sijil pentauliahan palsu menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Tempoh reman yang bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu ketiga-ketiga suspek termasuk seorang lelaki warga India yang berumur di antara 30 hingga 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.40 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari.

Semalam mereka ditahan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dalam satu operasi pada pukul 4 petang.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek tersebut didapati telah mengeluarkan sijil palsu ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma tanpa memerlukan seseorang mengikut kursus pembelajaran di insitusi pengajian terbabit.

Jelasnya, sindiket itu hanya akan mengambil masa selama seminggu untuk menyediakan sijil palsu tersebut menggunakan nama-nama IPTS dengan bayaran antara RM2,000 hingga RM16,000 bergantung dengan jenis sijil dan IPTS.

“Mereka yang ditahan merupakan orang tengah yang menguruskan proses pembelian sijil palsu tersebut. Pasukan penyiasat kini dalam proses mengenalpasti individu yang bertanggungjawab untuk mencetak sijil pertauliahan palsu itu,” katanya.

SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat penglibatan orang-orang dalam IPTS yang turut terlibat dan bersubahat dengan kegiatan sindiket terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 12:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: