Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan

15 MEI: Tiga Exco PAS Selangor tidak akan meletak jawatan, selagi tiada arahan mengkehendakkannya daripada Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan pendirian PAS itu adalah kerana pelantikan Exco dibuat atas perkenan Sultan sebagai pemerintah tertinggi di negeri itu.

“Itu jelas menyatakan bahawa seseorang ahli Exco memegang jawatan atas perkenan Sultan. Selagi Sultan memperkenankan ahli Exco memegang jawatan kita kekal di situ.

“Hanya Sultan sahaja yang boleh arah perletakan jawatan walaupun kalau ada cadangan Menteri Besar,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Sejahtera, hari ini.

Sebelum ini kecoh di semua media, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu tiga exco berkenaan iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib meletak jawatan.

Meskipun begitu ia tetap dinafikan oleh exco berkenaan dan isu ini menjadi semakin panas susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Manakala Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution, ‘memanaskan’ lagi keadaan apabila berkata nasib tiga exco itu akan dibincang pada mesyuarat Biro Politik parti esok.

Beliau sebelum in mendesak tiga exco PAS itu berundur kerana parti itu nyata tidak mahu bersama lagi dengan PKR.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 May 2017 2:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: