Kategori Berita Antarabangsa

3 jemaah masjid maut ditikam

28 MAC: Tiga jemaah sebuah masjid di Kasala maut manakala beberapa lagi cedera diserang seorang lelaki berpisau, semalam.

Ketua Polis Kasala, Yahi Sulayman berkata kejadian itu berlaku apabila jemaah sedang menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan yang bersempadan dengan negara Eritrea.

“Tiga maut dalam serangan itu dan beberapa lagi cedera ditikam dengan pisau,” katanya.

Menurut keterangan saksi, penyerang itu mula bertindak ganas apabila cubaannya untuk berucap di hadapan jemaah tidak dipedulikan.

“Insiden terbabit mendorong jemaah lain untuk melawan dan membunuh penyerang itu,” kata Sulayman sambil memberitahu, identiti penyerang masih tidak diketahui.

Sudan menutup sempadan di bahagian timur yang berjiran dengan Eritrea, beberapa hari selepas pengisytiharan darurat dibuat di Kasala.

Menurut jurucakap kerajaan, langkah itu adalah sebahagian daripada kempen kerajaan untuk mengumpul semua senjata api yang diperoleh secara haram di negeri berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 March 2018 10:29 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: