Kategori Berita Antarabangsa

3 kanak-kanak maut kebakaran pasar raya di Siberia

25 MAC: Tiga kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh dalam satu insiden kebakaran besar di sebuah pasar raya di Siberia, kata Jawatankuasa Penyiasatan Russia, hari ini.

Empat mangsa maut ketika api merebak dalam premis itu dikenali ‘Winter Cherry’ yang terletak di Kemerovo, sebuah bandar perindustrian di tengah Siberia.

“Setakat ini empat kematian sudah disahkan, iaitu tiga kanak-kanak dan seorang wanita yang berada dalam bilik permainan ketika kebakaran berlaku,” kata Jawatankuasa Penyiasatan dalam kenyataan.

Katanya lagi, seramai 26 orang lagi dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa mempercayai api bermula di salah sebuah pusat auditorium pawagam. Media Russia melaporkan lebih 200 orang sudah dipindahkan dari bangunan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 March 2018 11:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: