Kategori Berita Utama

3 lagi botol air mineral keluaran Malaysia dijumpai di Pulau Reunion

5 OGOS: Tiga lagi botol air mineral keluaran Malaysia ditemui di pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi tidak jauh dari kawasan di mana serpihan sayap pesawat yang dipercayai daripada MH370 dan serpihan lain serta botol air ditemui sebelum ini.

Tiga botol air mineral itu ditemui seorang peguam, Creissen Philippe yang memuat naik gambar botol berkenaan ke akaun Twitternya.

mh370 3 botol air msiaBotol air mineral itu adalah berjenama Splash dan Cactus keluaran syarikat Malaysia.

Spritzer Berhad dan wakil syarikat yang dihubungi mengesahkan Cactus adalah produk keluarannya.

Katanya, air mineral Cactus yang dikilangkan di Taiping, Perak, itu turut dipasarkan di Singapura.

Bagaimanapun, Malaysia Airlines (MAS) enggan mengulas mengenai penemuan botol air mineral berkenaan.

Pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu itu membawa 239 penumpang dan anak kapal dengan 152 daripada mereka, termasuk seorang bayi, adalah warga China.

Hasil analisis serpihan sayap pesawat itu oleh makmal Perancis di Toulouse dijangka diumumkan malam ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 3:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: