Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

3 lelaki larikan RM2 juta guna pistol tiruan

17 MEI: Sebuah kedai pengurup wang di di Jalan Mustafa Al Bakri, Perak kerugian kira-kira RM2 juta selepas disamun oleh tiga lelaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, kejadian itu berlaku sebelum premis ditutup pada 6.45 petang.

“Tiga suspek memakai topi keledar dan penutup muka serta bersenjatakan pistol tiruan bertindak memegang tangan pengawal keselamatan sebelum merampas senapang patah.

“Suspek kemudiannya mengarahkan pekerja membuka peti besi serta mengambil wang di dalamnyn sebelum melarikan diri bersama senapang patah itu dengan menaiki sebuah Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

Sum berkata pihaknya menjumpai dua pistol tiruan yang digunakan suspek di lokasi berhampiran kedai berkenaan.

“Pihak kami sedang menyiasat kes itu dan meneliti rakaman kamera litar tertutup untuk menjejaki suspek itu,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2017 6:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: