Kategori Berita Antarabangsa

3 mati ditembak ketika aksi bola sepak Mexico

29 APRIL: Tiga mati ditembak pada perlawanan bola sepak di kawasan barat daya negara ini, kata polis di sini pada Jumaat.

Penonton dan pemain bertempiaran menyelamatkan diri sebaik insiden itu dalam satu perlawanan malam kelmarin, kata sumber polis negeri Guerrero.

Lelaki bersenjata dilihat berlari di sekitar padang dan mengejar tiga lelaki dalam lorong berhampiran di mana mereka ditembak mati, katanya.

Dia tidak memberi sebarang petunjuk mengenai motif pembunuhan.

Guerrero adalah salah sebuah negeri yang termiskin di Mexico, sebuah negara yang dilanda keganasan kumpulan terbabit dengan dadah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 April 2017 11:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: