Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

3 rakyat Malaysia antara militan terbunuh di Marawi

30 MEI: Panglima tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano, berkata tiga militan rakyat Malaysia, seorang warga Indonesia dan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran di bandar raya ini, memetik maklumat perisikan terbaru.

Militan Islam merancang membakar keseluruhan bandar ini bagi menonjolkan pengaruh Daesh di rantau ini.

Ano memberitahu The Associated Press (AP) dalam satu temuramah hari ini, tentera kini mara bagi memecahkan kepungan selama seminggu di bandar itu.

Menurut Ano, pengganas juga merancang membakar bandar ini dan membunuh seberapa ramai penduduk Kristian di bandar berhampiran Iligan sepanjang Ramadan untuk meniru keganasan yang dilihat dunia di Syria dan Iraq.

Sementara itu, pakar keganasan di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam Singapura, Rohan Gunaratna, berkata beliau percaya Daesh dan kumpulan kecil serantau sedang bekerjasama bagi menunjukkan kekuatan mereka dan mengisytiharkan wilayah Filipina itu sebagai sebahagian khalifah di Asia Barat.

Beliau berkata, pertempuran di Marawi, serta beberapa pertempuran kecil di tempat lain di selatan Filipina, mungkin pencetus untuk mengisytiharkannya sebagai ‘kejayaan besar buat pengganas.’

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 May 2017 12:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: