Kategori Berita Utama

3 sayap terus laung semangat perang PRU14

9 DIS: Ketiga-tiga sayap dalam ucapan penggulungan masing-masing pada Perhimpunan Agung UMNO terus melaungkan janji taat setia untuk bersama-sama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan kemenangan dalam PRU14.

Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan yang penuh bersemangat mengakui sepanjang perbahasan pergerakan wanita, semua perwakilan melaungkan lawan habis-habisan.

“Wanita pada tahun ini bersidang dengan jiwa yang luar biasa. Bergegar Dewan Tun Dr Ismail dengan laungan PERANG MESTI MENANG! Tanda sedia wanita ke medan juang PRU-14, menunggu tarikh keramat untuk diumumkan.

“Sebab itu ucapan dasar saya dikecam habis-habisan oleh pembangkang. Yang benar selalunya pahit, begitulah hakikat yang tidak dapat diterima oleh pembangkang di luar sana.

“Rakyat Malaysia hanya ada dua pilihan, samada pilih BN yang diterajui Najib Tun Razak atau Nauzubillah, DAP yang menguasai pembangkang,” katanya.

Menurut Shahrizat wanita berpegang kepada empat tunjang untuk menang:-

Pertama, PEDANG KEBERANIAN ‘Keberanian dalam politik hari ini bukan diukur pada panjangnya pedang, tetapi bagaimana cara kita menghunusnya’.

Kedua adalah PERISAI KESETIAAN, setia kepada pemimpin, setia kepada penyokong, setia kepada ahli, semasa susah, semasa senang, setialah perisai parti.

Tunjang yang ketiga adalah BAHTERA SATRIA. Satu bahtera hanya ada satu nakhoda. Ikut arahan, kita bertuah punyai nakhoda yang tenang dan bijak mengemudi parti.

Keempat adalah STRATEGI PERANG. Sebenarnya strategi perang yang paling berkesan adalah keikhlasan kita berkhidmat kepada rakyat. Tidak ada apa yang lebih utama dari itu.

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapannya pula melaungkan ‘You will Never Walk Alone’ bagi membuktikan kepada Presiden bahawa semua pergerakan akan bersatu bersama-sama mengharungi apa jua cabaran dan getir yang bakal dihadapi.

“Buat YAB Presiden, ketahuilah You Will Never Walk Alone (YNWA). Walaupun kita tahu YAB Presiden “die hard” supporter “Manchester United”(MU), tetapi dalam menghadapi peperangan kali ini, apa salahnya kita gunakan

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berucap pada sesi Pergulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC

“War Cry” LIVERPOOL bagi menunjukkan kesetiaan, kecekalan dan ketaatan Liverpool ang sentiasa bersama pasukan walaupun kegemilangan mereka akhir sekali pada tahun 90-an, tetapi mereka masih berpegang utuh pada taat setia dan semangat berpasukan. Semangat inilah kita harus contohi buat semua ahli UMNO.

Mas Ermieyarti turut menyeru semua ahli parti malah seluruh rakyat menunaikan janji bagi memenangkan Barisana Nasional dalam PRU14 akan datang.

“Setiap seorang dari bala tentera dalam rumah agam ini haruslah melunaskan segala janji memenangkan parti keramat orang Melayu ini sebagai satu manifestasi kesetiaan kami kepada Datuk Seri.

“Sumpah Puteri tidak akan sekali-kali bersikap khianat. Justeru, ayuh bangkitlah!! Soldadu Merah Jambu!! Luaskan kuasamu!! Tunjukkan kekuatanmu, sematkan ketaatanmu di sebalik manis senyum ayumu!! Mari kita ikrarkan untuk tetap bekerja, Wala’ dan taat kepada kepimpinan parti walau apa pun terjadi. ” katanya ketika menggulung perbahasan bagi Pergerakan Puteri.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggulung selepas Mas Ermieyati pula menyahut seruan Puteri untuk mengguna pakai semangat ‘ You Will Never Walk Alone’ meskipun mengakui beliau dan Najib adalah ‘die hard fan’ Manchester United.

Namun, setelah memikirkan secara rasional penggunaan moto itu, beliau bersetuju dengan moto tersebut dan berkata, penggunaan akan membawa ahli parti kepada kebersamaan dan bersatu-padu atau ‘united’.

“Saya dan Presiden agak elergi (dengan moto tersebut) kerana kami penyokong tegar United. Tapi pada masa sama kami tidak boleh patahkan semangat Ketua Puteri supaya gunakan moto The Reds itu untuk berjuangan UMNO.

“Hari ini, saya bersetujulah sebab definisinya turut membawa maksud kita kan kekal bersatu (united),” katanya.

Dalam penggulungannya beliau menekankan bahawa PRU14 akan menjadi pilihan raya raya yang sangat luar biasa.

Ini kerana jelasnya ia bakal melibatkan pertaruhan sangat besar.

“What is at stake is not merely who forms the government for the next five years. PRU14 bukan hanya menentukan siapa membentuk kerajaan bagi lima tahun yang akan datang. Tetapi kali ini PRU14 akan menentukan destini bangsa dan negara.

“Kenapa saya sebut demikian? Mengapa PRU14 dianggap menentukan destini bangsa berbeza daripada pilihanraya-pilihanraya sebelum ini?

“Jawapannya ialah kerana kita hidup dalam dunia dimana pola pembangunan sedang berubah dengan drastik. Kita berada dalam zaman penuh gangguan. We live in an era of great disruption. Bermula sekarang dunia berdepan dengan Revolusi Industri ke-Empat di mana dunia fizikal, digital dan biologi lebih dicantum dengan teknologi baharu,” katanya.

Khairy turut merakamkan penghargaan kerana diberi tanggungjawab untuk menggalas jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan demi masa depan belia di masa hadapan melalui Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

“Sejak bulan Januari saya telah mendampingi hampir 2 juta anak muda Malaysia untuk mendengar aspirasi mereka untuk masa depan negara dan bagai mana kita menyediakan diri untuk segala perubahan dan gangguan yang bakal mendatang,” ujarnya.

Menurut Khairy lagi pembangkang hanya pandai menabur janji palsu sedangkan hakikatnya semua menyedari tiada benda yang percuma di dunia.

“Saya sebut begitu sebab kerajaan dibawah Presiden tidak hanya melihat apa yang berlaku hari ini, tetapi juga hari mendatang. One eye on the present and one eye on the future. Pihak lawan tidak kisah apa akan berlaku kepada generasi akan datang. Janji mereka, harapan palsu yang mereka canang menghidangkan gula-gula yang manis tetapi bakal membawa penyakit kencing manis. Mansuh hutang, mansuh tol, mansuh cukai. Segala benda free.

“Tetapi orang waras tahu, tiada apa-apa yang percuma dalam hidup. Nothing is free. Janji diabetes mereka bakal dibayar satu hari nanti oleh anak cucu kita. Beban hutang akan meningkat, perbelanjaan untuk masa depan akan menguncup,” katanya.

Tambah Khairy, generasi muda ketika ini selain daripada mengingatkan mereka tentang jasa lama, mereka juga mahu tahu adakah UMNO ‘a party of and for the future’

“Nak jadi party of the future ini ada beberapa ramuannya. Yang pertama, kita perlu ada satu mesej segar yang khas untuk orang muda. Sebab itu dalam penulisan Manifesto Barisan Nasional untuk PRU14 nanti, Pemuda mohon agar dalam manifesto tersebut ada satu tawaran baharu atau new deal untuk orang muda. Sebuah tawaran yang menepati citarasa dan keperluan anak muda Malaysia.

“Itu ramuan pertama kita jadi party of the future. Dengan membawa mesej dan tawaran yang segar. Ramuan yang kedua adalah dengan menonjolkan rupa bentuk party of the future. Mungkin disini soal ruba bentuk ini selalu dikaitkan dengan calon muda, calon baharu. Lebih-lebih lagi ini ucapan dari Ketua Pemuda.

“Namun seperti saya pernah kata tiga tahun dahulu, rupa bentuk yang segar ini boleh datang dalam pelbagai cara. Dulu saya kata Setiausaha Agung cat rambut hitam atau potong rambut macam pemimpin Korea Utara pun boleh kira agak segar juga…

“Tetapi sir… kini tahun 2017. Biarlah calon-calon yang kita kemukakan juga menepati citarasa 2017. Sebab apa ini penting? Sebab kita tahu pengundi tidak lagi hanya pandang lambang. Zaman letak songkok, songkok menang sudah lama lalu. Sekarang ini calon itu manifestasi kepada Presiden dan parti.

“Kita perlu kepelbagaian dalam calon ini supaya parti dilihat kontemporari. Kepelbagaiaan itu bermaksud ada yang dari golongan senior tetapi tambah lah calon-calon wanita, calon-calon muda malah calon-calon yang mungkin tidak datang dari hieraki parti. Biarlah parti kita dilihat segar dan kontemporari! Setuju Wanita, Setuju Puteri, Setuju Pemuda! Ini baru ucapan kamikaze Tariq ibn Ziyad,” katanya di akhir ucapan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 December 2017 4:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: