Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

3 superman direman 4 hari

3 APRIL: Polis menahan tiga lelaki disyaki yang melakukan aksi superman di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Tanjung Malim pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata ketiga-tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun itu ditahan di Pulau Pinang pada petang semalam di tiga lokasi berasingan di Bukit Mertajam.

“Siasatan awal mendapati ketiga lelaki itu termasuk seorang pekerja swasta turut mengaku terlibat bersama ahli kumpulan yang melakukan aksi berbahaya seperti yang dipaparkan menerusi video yang diviralkan netizen,” lapor Sinar Harian.

Tambah Wan Kamarul, pihaknya sedang mengesan saki baki penunggang yang terdapat dalam video berkenaan.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya,” katanya.

Sebelum ini, seorang wartawan dilaporkan merakam aksi merbahaya sekumpulan penunggang motosikal pada jam 3.15 petang hari berkenaan.

Video berdurasi 16 saat yang dirakam itu dimuat naik di media sosial dan seterusnya dikongsi netizen sehingga membawa kepada siasatan polis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2018 10:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: