Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

30 peratus penjawat awam sakit mental

22 MAC: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendakwa 30 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini  menghadapi masalah psikiatri berikutan bebanan kerja semakin bertambah.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata ia disebabkan penjawat awam berdepan tugas semakin mencabar, selain terpaksa memikirkan masalah lain termasuk faktor komitmen bulanan.

Sehubungan itu, kerajaan digesa mengisi kekosongan perjawatan terutama kakitangan barisan hadapan bagi mengurangkan beban tugas sekaligus menghindar gangguan mental kalangan penjawat awam.

“Bagaimanapun, usaha ini perlu mendapat kerjasama semua pihak termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya memastikan kekosongan diisi 100 peratus,” katanya di Ayer Keroh, hari ini.

Pada masa sama, Azih berkata agensi berkaitan harus memainkan peranan termasuk turun padang melihat keperluan bagi menambah jumlah kakitangan.

“Kita menerima aduan masalah perjawatan ini dari pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun persekutuan dan negeri serta hospital.

“Permasalahan dihadapi penjawat awam ialah jawatan tidak ditambah, sedangkan keutamaan perkhidmatan adalah kepada rakyat,” katanya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2018 5:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: