Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

300 mangsa banjir Kluang

21 JAN: Seramai 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata kawasan terjejas ialah Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air, kesemuanya terletak di Simpang Renggam.

“Setakat ini, seramai 179 orang daripada 41 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Chokro; 127 mangsa daripada 32 keluarga di Masjid As-Sobirin, Kampung Shaari dan 42 mangsa daripada sembilan keluarga di Dewan Kampung Kolam Air,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Menurut beliau, pusat pemindahan itu dibuka secara berperingkat bermula 9 malam tadi hingga 1 pagi tadi.

Berdasarkan pemantauan, air Sungai Kampung Chokro yang didapati melimpah dan memasuki rumah penduduk dan dilaporkan sudah semakin surut setakat 8 pagi  tadi.

“Bagaimanapun, paras air di Sungai Benut sudah melebihi aras berbahaya,” kata Ayub.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2018 1:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: