Kategori Berita Utama

3,000 kecam tindakan biadap Khai Loon sumbat kangkung

18 JAN: Lebih 3,000 orang menyertai perhimpunan bagi mengecam tindakan biadab Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong parti pembangkang itu menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk Rabu lalu.

Reezal Merican (barisan depan lima dari kiri) bersama lebih 3,000 orang ahli UMNO serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang yang berhimpun dan berarak pada Sabtu membantah tindakan biadap serta sikap kurang ajar ADUN DAP Machang Bubuk Lee Khai Loon Rabu lalu.

Perhimpunan itu juga bertujuan membantah tindakan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebagai amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan anjuran Umno Bahagian Permatang Pauh yang disertai Badan Bukan Kerajaan dan badan kebajikan Melayu itu merupakan amaran kepada pihak yang tidak beretika supaya jangan menghina Islam dan perdana menteri.

Perhimpunan dan perarakan pada Sabtu adalah sebagai amaran supaya tindakan biadap serta sikap kurang ajar menghina Islam serta perdana menteri dihentikan.

Perhimpunan dan perarakan pada Sabtu adalah sebagai amaran supaya tindakan biadap serta sikap kurang ajar menghina Islam serta perdana menteri dihentikan.

“Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai menghina. Tindakan yang dilakukan oleh ADUN DAP Machang Bubuk itu bukan sahaja biadab tetapi kurang ajar,” katanya kepada pemberita selepas menyertai perarakan lebih satu kilometer yang diadakan di sekitar Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya di sini Sabtu.

Perarakan yang bermula di Pusat Sukan Sunway dan berakhir di Pasaraya Sunway Carnival, Butterworth, Seberang Perai itu turut disertai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Said dan barisan kepimpinan Umno Pulau Pinang.

Selain melaung slogan ‘Hidup Melayu’ dan berselawat peserta perarakan itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab itu.-bnbbc.my

Share This:

Share

Berita Bertarikh pada 18 January 2014 3:00 pm

UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: