Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

4 ADUN DAP antara 10 EXCO Johor

16 MEI: Seramai 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor, pagi tadi.

Berangkat sama pada ialah ​​​Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anakanda baginda yang lain.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Menurut kenyataan dipetik  dari Facebook rasmi Sultan Johor, majlis yang bermula pada 10.30 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Johor Datuk Mohd Tahrir Kiyai Samsudin.

Pada majlis itu, 10 EXCO yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani-PAN), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar-PAN), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu-PKR), Dr S Ramakrishnan (Bekok-DAP), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah-PKR).

Selain itu ialah Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong-PPBM), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa-PPBM), Sheikh Omar Ali (Paloh-DAP), Tan Hong Pin ( Skudai-DAP) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya-DAP).

Pada Sabtu lalu Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di Johor Bahru.

Pakatan Harapan menawan Johor seleps memenangi 36 daripada 56 kerusi DUN selain tambahan tiga kerusi selepas tiga wakil rakyat UMNO menyertai PPBM.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 1:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: