Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

4 calon PAS di Perak diumumkan awal

17 APRIL: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan empat calon parti itu yang akan bertanding di Perak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Abdul Hadi berkata, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bakal mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang sementara Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria merangkap Bendahari PAS Pusat, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol.

“AJK PAS Pusat, Dr. Najihatussalehah Ahmad merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Perak pula akan bertanding di Parlimen Parit.

“Parlimen Bagan Datuk pula akan ditandingi oleh Ata Abdul Munim Hasan Adli (Ketua Penerangan PAS Kawasan Bagan Datuk),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan Gelombang Hijau Perak PRU14 di Seri Iskandar malam tadi.

Hadir sama Razman dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 10:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: