Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

4 kertas siasatan Gobalakrishnan diserah esok

12 FEB: Kertas siasatan bekas anggota Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan berhubung tweet yang menuduh terdapat pegawai polis di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah, dijangka siap sepenuhnya Khamis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis membuka empat kertas siasatan terhadap bekas anggota Parlimen berkenaan dan akan menyerahkan semua kertas siasatan itu kepada Ketua Unit Perundangan (KUP), Polis Pulau Pinang, esok (Jumaat).

Gobalakrishnan“Siasatan kes bekas anggota Parlimen itu dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

“Polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 6/2015 Sempena Tahun Baharu Cina Kontinjen Pulau Pinang di Tol Juru arah Utara, hari ini.

Gobalakrishnan ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada pukul 3.30 petang Isnin lepas (9 Feb) selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan.

Abdul Rahim berkata polis turut menerima satu laporan polis daripada seorang pegawai polis berpangkat ASP yang didakwa Gobalakrishnan menerusi Twitternya mempunyai kereta mewah.

“Pegawai yang bertugas dengan kontinjen Pulau Pinang itu membuat laporan polis terhadap bekas anggota Parlimen itu kerana memfitnahnya,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: