Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

4 maut kebakaran keluarga Ketua Pemuda MCA Tanjung

15 NOV: Empat yang maut dalam kebakaran rumah berkembar dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pangkalan Weld di Georgetown awal pagi tadi adalah keluarga kepada Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok.

Mereka ialah isterinya yang berusia 35 tahun dan anak lelaki serta perempuan masing-masing berusia 10 dan 8 tahun serta ibunya berusia 62 tahun.

Difahamkan ketika kejadian kebakaran jam 6 pagi tadi, Swee Bok tidak berada di rumah kerana sedang bekerja.

Dalam pada itu, Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di rumahnya pagi tadi ketika kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan sehingga terpaksa ditenangkan beberapa jirannya.

Sementara itu, jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi memadam kebakaran kini selesai sepenuhnya dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.-UM

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 November 2017 10:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: