Kategori Berita Antarabangsa

40 cedera dalam letupan bom di Thailand

9 MEI: Sekurang-kurangnya 40 orang cedera apabila sebuah bom kereta meletup di luar sebuah pasar raya di selatan Thailand, serangan terbesar menyasarkan orang awam di situ sejak beberapa bulan lalu.

Wilayah sempadan yang majoriti penduduk Islam dibelenggu keganasan lebih satu dekad apabila pemberontak bertempur bagi mendapatkan lebih kuasa autonomi.

Serangan terbaru berlaku di bandar Pattani kira-kira jam 2 petang apabila dua bom meletup di luar pasar raya Big C, kawasan paling sibuk berhampiran pusat bandar itu.

Peranti pertama ditanam dalam sebuah motosikal yang diletakkan dalam tempat parkir dan mencetuskan panik.

“Letupan kedua ialah sebuah bom kereta,” kata Komander Polis Pattani, Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa.

Seorang lagi pegawai, Kapten Preecha Prachumchai, berkata letupan kedua sangat besar dan sekurang-kurangnya 40 orang cedera.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 May 2017 9:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: