Kategori Berita Antarabangsa

40 mati dalam kejadian ambulan meletup

27 JAN: Sejumlah 40 orang maut manakala 140 orang lagi cedera selepas bom yang disembunyikan dalam sebuah ambulans meletup hari ini, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Afganistan, Wahid Majroh.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah pusat pemeriksaan polis berhampiran beberapa kedutaan asing dan bangunan kerajaan, kata pihak berkuasa Kabul.

Laporan Reuters menyebut Militan Taliban mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Ia adalah yang kedua selepas serangan yang diakui kumpulan itu di International Hotel di Kabul seminggu lalu, yang meragut 20 nyawa.

“Ini pembunuhan beramai-ramai,” kata penyelaras kumpulan bantuan Itali, Emergency di Afghanistan yang mengendalikan sebuah hospital berhampiran lokasi serangan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 7:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: