Kategori Berita Antarabangsa

40 suspek pornografi kanak-kanak diberkas

21 FEB: Pihak berkuasa Brazil menahan 40 individu dalam dua operasi besar-besaran bagi membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

Siasatan kes itu bermula enam bulan lalu apabila polis menerima maklumat daripada sumber tanpa nama yang membawa kepada penahanan pada pagi Selasa.

Semua penahanan dilakukan selepas polis merampas komputer dan menemui bahan pornografi kanak-kanak bawah umur.

Satu daripada operasi itu dijalankan di Taboao da Serra, sebuah pekan dalam wilayah metropolitan di Sao Paulo.

Satu lagi operasi dijalankan di Sao Paulo dengan 29 waran geledah serta waran tangkap, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 12 orang ditahan.

Jurucakap polis Marcio Fruet berkata seorang daripada suspek bekerja di taman permainan, manakala seorang lagi bekerja di tadika.

“Justeru, kesemua suspek ini dipantau dengan lebih berhati-hati untuk melihat jika mereka sendiri turut menghasilkan dan melakukan keganasan ini terhadap kanak-kanak,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 February 2018 10:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: