Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

4,440 sukarelawan YKN bantu kesan penerima bantuan

27 MAC: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) akan menggunakan khidmat sejumlah 4,440 sukarelawannya untuk mengesan penerima yang ‘terlepas pandang’ mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah tersebut menerusi program Selami Kasih YKN 2018 menyasarkan lebih 50,000 golongan kurang berkemampuan yang selama ini tidak menerima bantuan yang disediakan.

“Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac lalu, sukarelawan kita telah mengesan lebih 300 penerima di seluruh negara yang terlepas pandang.

“Tidak dinafikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan pelbagai bantuan untuk golongan kurang berkemampuan, namun tidak mustahil juga masih ada yang terlepas dan sukarelawan ini akan membantu menjayakan usaha ini menerusi program Selami Kasih YKN 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program lawatan Selami Kasih YKN 2018 dan Skuad Sayang Wanita negeri Melaka di rumah warga emas, Sepiah Idrus di Bukit Piatu hari ini.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) sebelum itu menyampaikan bantuan kebajikan dan wang tunai kepada 20 penerima terdiri daripada golongan ibu tunggal dan warga emas di Parlimen Bukit Katil.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Wanita UMNO Melaka, Senator Rabiah Ali.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2018 3:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: