Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

44,817 saman AWAS, KEJARA dikeluarkan

6 MEI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 44,817 saman atas kesalahan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, statistik itu diperoleh untuk tempoh antara 1 April sehingga dua hari lalu.

“Sebanyak 38,174 saman kerana memandu melebihi had laju dan 4,817 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah,” katanya selepas merasmikan penutupan Program 1Komuniti 1JPJ Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh di Nibong Tebal Pulau Pinang hari ini.

JPJ pada 15 April lalu memperkenalkan sistem Awas bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang hanya melibatkan kesalahan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 May 2017 12:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: