Kategori Berita Antarabangsa

450 pasangan nikah malam tahun baharu

1 JAN: Seramai 450 pasangan di Jakarta meraikan kedatangan tahun baharu 2018 dengan melangsungkan perkahwinan beramai-ramai.

Semua pasangan itu berhimpun di bawah khemah besar di tengah ibu negara Indonesia beberapa jam sebelum sambutan tahun baharu bersama keluarga sebelum menandatangani sijil perkahwinan.

“Kami mahu merakamkan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan dan kami sungguh gembira menyertai acara ini hari ini,” kata Hartiningish, 38, yang mengahwini Ricky Rangga, 30.

Laporan Reuters menyebut bahawa kebanyakan pasangan berterima kasih kepada pihak yang merealisasikan acara majlis terbabit.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dilaporkan mengucapkan tahniah kepada semua pasangan terbabit dan mengatakan kota itu bakal menjadi tuan rumah untuk setiap sambutan tahun baharu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 12:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: