Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

45,550 peminjam tampil elak tindakan

25 NOV: Selepas diberi amaran bakal berdepan tindakan undang-undang, seramai 45,550 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil ke hadapan untuk menyelesaikan pinjaman yang belum dibayar berjumlah RM23.44 juta.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kai Ching berkata, tindakan undang-undang mula dikenakan terhadap 132,801 peminjam termasuk menyenarai hitam mereka dengan pihak berkuasa imigresen.

“Berikutan itu, seramai 45,550 peminjam tampil ke hadapan untuk berunding mengenai pembayaran balik pinjaman dengan pentadbir PTPTN untuk menyelesaikan pinjaman berjumlah RM23.44 juta,” katanya di Dewan Rakyat, Isnin.

ptptnBeliau menjawab soalan ahli parlimen PAS Dungun Wan Hassan Mohd Ramli yang mahu tahu apakah tindakan terhadap pemimjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman.

Beliau berkata, graduan diberi tempoh 16 bulan selepas tamat pengajian untuk mendapatkan pekerjaan dan mula membuat pembayaran balik pinjaman.

Katanya, jika tidak, tiga surat peringatan akan dikeluarkan kepada peminjam dalam tempoh enam bulan sebelum tindakan undang-undang dimulakan terhadap mereka.

“Bagaimanapun, tindakan undang-undang dan menyenarai hitam mereka dengan pihak berkuasa imigresen hanya akan diambil sebagai pilihan terakhir.

“Apa yang penting ialah mereka tampil ke hadapan untuk berunding mengenai pembayaran balik pinjaman PTPTN mereka,” tambahnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 November 2013 1:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: