Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

458,483 murid terima manfaat Program RMT

13 MAC: Seramai 458,483 murid sekolah rendah terlibat dalam program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada 2018.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, jumlah peruntukan yang diperuntukan bagi program berkenaan pada tahun 2018 ialah sebanyak RM250 juta.

“Bagi kadar seorang murid di semenanjung ialah RM2.50 sehari dan bagi negeri Sarawak dan Sabah ialah RM3.00 sehari. Jumlah setahun untuk hari persekolahan ialah 190 hari dibekalkan RMT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen PKR Nurul Izzah Anwar  pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya lagi, Kajian Keberkesanan Program RMT yang dijalankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati program tersebut berjaya menerapkan pendidikan kesihatan dan pemakanan yang sihat serta memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid RMT.

“Selain itu, program RMT telah berjaya meningkatkan tahap kesihatan, memperbaiki status kehadiran murid ke sekolah dan menjadikan murid lebih aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 12:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: