Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

480 warga Setiawangsa sertai program Myprihatin

28 OKT: Seramai 480 warga Setiawangsa menerima manfaat memiliki lesen motosikal menerusi program Myprihatin Parlimen Setiawangsa 2017 (Myprihatin2017).

Program yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Ahmad Fauzi Zahari itu adalah salah satu usaha kerajaan bagi menggalakkan warganegara memiliki lesen kenderaan.

Beliau berkata, program itu dianjuran oleh Pusat Khidmat Parlimen Setiawangsa dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Menerusi program ini, kos untuk mendapatkan lesen percubaan (P) bagi motosikal hanya dikenakan sebanyak RM159 dan semua peserta hanya perlu membayar RM59 sahaja,” katanya ketika ditemui hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 October 2017 3:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: