Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

4,967 program penerangan GST sejak 2010

24 MAC : Sebanyak 4,967 program bagi mewujudkan kesedaran dan latihan mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dijalankan oleh Kementerian Kewangan sejak 2010 hingga Februari tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata daripada jumlah itu, 271,288 orang termasuk golongan peniaga, jabatan kerajaan, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi telah menghadiri program dan latihan itu.

pmbajet2014 “Bagi golongan peniaga yang merupakan kumpulan kritikal dalam pelaksanaan GST, kerajaan telah merangka dan sedang menjalankan program taklimat dan latihan melalui tiga kaedah iaitu sama ada dianjurkan sendiri oleh kerajaan atau pihak swasta atau secara bersama,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad di Dewan Rakyat hari ini.

Khalid ingin tahu mengenai kempen dan iklan GST yang telah dijalankan setakat ini sehingga pelaksanaannya.

Mengenai kos kempen dan publisiti berkenaan GST, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM17 juta dibelanjakan melalui saluran media arus perdana dan media alternatif yang diuruskan kementeriannya bermula 2012.

“RM98 juta bagi sistem pengkomputeran GST telah siap dibangunkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, RM150 juta perisian perakaunan bersubsidi kepada perusahaan kecil dan sederhana dan RM100 juta bagi geran latihan kepada peniaga yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.– bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2014 4:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: