Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

LYNAS nafi tiga kematian berpunca kilangnya

28 DIS: Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, termasuk tindakan mahkamah, terhadap mana-mana pihak yang terus menabur fitnah ke atas kilang berkenaan, termasuk tohmahan kononnya tiga kematian berlaku di kilang berkenaan berpunca daripada operasi kilang itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad, menafikan tiga kematian yang berlaku di kilang berkenaan dalam tempoh enam bulan lepas mempunyai kaitan dengan operasi yang dijalankan oleh kilang nadir bumi itu.

LYNAS mahu ambil tindakan terhadap pihak sebar tohmahan.

LYNAS mahu ambil tindakan terhadap pihak sebar tohmahan.

“Sikap mereka ini menyukarkan kami dan tindakan kumpulan ini menyebarkan pelbagai fitnah secara berterusan jelas membuktikan mereka berniat jahat,” katanya sambil menjelaskan dua daripada insiden kematian itu berpunca daripada faktor kesihatan, manakala satu lagi akibat kemalangan jalan raya.

Katanya insiden pertama pada Julai lepas melibatkan seorang bakal pekerja yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika proses temuduga.

Pada November lalu, seorang kakitangan kilang itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Seorang jurutera kita yang meninggal dunia awal bulan ini pula disahkan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba sebelum terjatuh ke dalam kolam takungan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan rutin harian mengambil sampel air untuk ujian sebelum tidak sedarkan diri akibat serangan jantung,” katanya.

Mashal juga berkata dakwaan pihak tertentu berhubung kejadian banjir di loji kilang berkenaan awal bulan lalu tidak benar dan tidak masuk akal.

Katanya tapak kilang itu dibina selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk ancaman banjir dan bencana alam lain.

“Kilang ini dibina selepas kita melakukan kajian berdasarkan paras air (banjir) paling buruk sejak 100 tahun lalu. Selepas mendapat data itu, barulah kita bina tapak kilang dan loji memproses nadir bumi.

“Selain itu, kilang ini juga terletak kira-kira 9 meter dari punca mata air, sekali gus kami boleh memberi jaminan bahawa ancaman banjir tidak akan memberi kesan kepada operasi kilang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian pakaian seragam sekolah di perkarangan kilang Lynas, Sabtu.

Pada majlis itu, 200 pelajar sekitar kawasan Balok menerima pakaian seragam, beg dan peralatan sekolah sumbangan Lynas di bawah program tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.-bnbbc.my

Datuk Mashal Ahmad

Datuk Mashal Ahmad

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 December 2013 5:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: