Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

5 individu berbogel tak mengaku bersalah

24 MEI: Lima individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti ‘berbogel’ di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi pada 21 Januari lalu.

Mereka yang terdiri daripada empat sukarelawan dan seorang peserta motivasi itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.

Berdasarkan kertas pertuduhan peserta kem motivasi berusia 22 tahun didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan lucah manakala kesemua sukarelawan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama kerana bersubahat.

Pada 17 Mei lalu, seramai 23 peserta kem motivasi berkenaan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 disebabkan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua 23 tertuduh yang kebanyakannya pelajar kolej swasta didakwa berkelakuan lucah di tempat awam dengan berbogel di padang permainan di Selesa Hillhomes, ketika melakukan permainan ‘all out’ pada 5.30 petang hari berkenaan.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 May 2017 2:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: