Kategori Berita Utama

5 juta rumah tidak terbabit kenaikan tarif elektrik

3 DIS: Laporan semakan semula tarif elektrik terbaru yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada Isnin memberikan persepsi seolah-olah ianya membabitkan keseluruhan rakyat sedangkan pelaksanaannya kelak hanya membabitkan segelintir pengguna domestik serta pelanggan komersil.

“Kenaikan ini sebenarnya hanya kena kepada 30 peratus daripada rumah kediaman di negara ini. Bermakna 70 peratus lagi rumah kediaman tidak akan kena kenaikan. 70 peratus ini hampir lima juta buah rumah,” Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad memberi penjelasan kepada BNBBC.MY petang Isnin.

BEGINI...Nawawi menunjukkan kaedah mengira kesan kenaikan tarif elektrik dalam kos pengeluaran.

BEGINI…Nawawi menunjukkan kaedah mengira kesan kenaikan tarif elektrik dalam kos pengeluaran.

Nawawi berkata, dengan itu dakwaan kenaikan tarif ini membebankan rakyat adalah tidak tepat kerana kenaikan hanya akan membabitkan 30 peratus kediaman yang dimiliki atau dihuni golongan berada yang banyak menggunakan perkakasan elektrik sehingga bil elektrik mereka melebihi RM77 sebulan.

Dr Maximus dalam pengumumannya di Parlimen sudahpun menyatakan 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Begitu juga dengan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, .

Maximus berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Dis 2014.

Dengan pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.

Ditanya mengenai semakan tarif terhadap pengguna komersil dan industri yang dikhuatiri sesetengah pihak akan mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, Nawawi berkata ia tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana kenaikan sebanyak 16.85 peratus adalah kecil dan tidak memberi kesan besar kepada peningkatan kos pengeluaran, jelas beliau.

RAJAH bagi membantu memudahkan orang ramai memahami pihak mana sebenarnya yang menerima kesan kenaikan tarif elektrik

RAJAH bagi membantu memudahkan orang ramai memahami pihak mana sebenarnya yang menerima kesan kenaikan tarif elektrik

“Lagipun, komponen tenaga elektrik dalam kos menghasilkan sesuatu produk sebenarnya hanyalah sekitar 20 ke 30 peratus sahaja. Ini bermakna bagi setiap RM100 bil elektrik yang dibayar sekarang, peningkatannya kelak ialah RM16.85 sen menjadi RM116.85 sen.

“Jadi oleh kerana komponen tenaga elektrik hanyalah 30 peratus daripada kos pengeluaran, bermakna peningkatan kos pengeluaran yang membabitkan tenaga elektrik hanyalah 30 peratus dibahagi dengan RM16.85 bersamaan RM5 sahaja,” jelas Nawawi yang pernah bertugas di Bahagian Pengagihan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 20 tahun.

“Saya rasa chain reaction atau kesan berantai ini secara logiknya tidak akan berlaku, tetapi saya bimbang ada pihak tertentu mengambil kesempatan. Oleh itu saya mengharakan pihak kerajaan teutama kementerian berkenaan dapat mengadakan penguatkuasaan yang kemas dan kukuh supaya kesan berantai ini tidak berlaku. Kita ada masalah di sini sahaja. Kalau masalah lain dari segi jumlah kenaikan tidak ada kesan,” katanya.

Mengakhiri perbualan mengenai isu semakan tarif elektrik TNB , Nawawi menjelasan kenaikan tarif memang tidak boleh dielak akibat tekanan kenaikan harga minyak dan gas di pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, Petronas ketika ini menyerap margin kerugian yang besar dengan menjual bahan api kepada TNB pada harga RM13 per unit BTU berbanding RM42 harga di pasaran terbuka.

“Walaupun kerajaan menaikkan tarif kepada 10.6 peratus (dmestik) dan 16.85 peratus (komersil) ia belum mampu menampung keseluruhan kos kepada TNB. Kerajaan masih menangggung subsidi yang besar. Sebenarnya jika kerajaan mahu mencapai subsidi sifar, tarif perlu dinaikkan sehingga 80 peratus,” jelas Nawawi lagi-BNBC.MY

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2013 3:18 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: