Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

5 sekeluarga maut termasuk kanak-kanak 2 tahun

18 MEI: Seorang kanak-kanak dua tahun adalah lima sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan kereta dan bas ekspres berhampiran Kampung Belisok, Ranau pada Khamis.

Seorang lagi mangsa dalam keadaan kritikal susulan insiden itu jam 2 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Ranau, Timbalan Supritendan Farhan Lee Abdullah, mangsa dikenalpasti sebagai Mohd Aziratul Khizam Azis, 23, yang memandu kereta, ibunya Rubiah Anggau, 59, kakaknya, Azlina Azis, 35, dan ayahnya, Azis Pindungan, 60.

Empat mangsa meninggal di tempat kejadian manakala Nur Aathera Darquez Richard, 2, anak perempuan Azlina, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital Ranau.

Keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Ranau ke Telupid selepas membeli-belah barangan runcit.

Bagaimanapun, apabila sampai di lokasi kemalangan itu, pemandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres,” katanya.

Farhan berkata, kereta itu tergelincir dan terbalik, menyebabkan mangsa terperangkap di bawah kenderaan.

Pemandu bas, dua pembantu dan 25 penumpang tidak mengalami kecederaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 5:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: