Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

500 murid terima baju sekolah baharu

25 DIS: Sebanyak 500 pasang baju sekolah berserta peralatan persekolahan disumbangkan kepada murid-murid dari keluarga kurang berkemampuan dalam kawasan Parlimen Merbok, Kedah.

Bantuan berkenaan disampaikan oleh ahli parlimennya, Prof Dr Ismail Daut yang berkata ia mampu meringankan bebanan yang ditanggung keluarga dalam membuat persiapan persekolahan sesi 2018 yang bakal menjelang.

“Muafakat dalam kalangan masyarakat adalah penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

“Bantuan awal persekolahan ini membabitkan penduduk-penduduk kampung yang berada dibawah Parlimen Merbok termasuk komuniti dari Cina dan India,” katanya selepas majlis Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Parlimen Merbok dengan kerjasama UEM Berhad di Laguna Merbok, pada Isnin.

Sementara itu, Ismail  mengingatkan masyarakat di Merbok supaya menolak dakyah pembangkang yang sengaja mengelirukan rakyat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 December 2017 9:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: