Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

6 maut akibat dadah jenis baru: Polis

17 MAC : Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert  di Stadium Nasional Bukit Jalil, mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ecstacy jenis baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dadah jenis baharu itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah.

Katanya siasatan polis juga mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung  konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga tertentu.

Menurutnya hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine dan ampetamine.

konsertNoor Rashid berkata sebelum insiden itu, polis telah menahan 40 orang iaitu sembilan orang, masing-masing memiliki ecstacy dan ganja. Manakala 22 orang disyaki mengambil dadah yang jenisnya belum dikenal pasti.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu polis mengesan dan menangkap pihak yang bertanggungjawab menjual dadah itu sehingga mengakibatkan kematian.

Beliau juga mengingatkan warga belia agar tidak terbabit sebarang penyalahgunaan dadah kerana berdepan pelbagai risiko.

Dan pada masa yang sama, Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri serta agensi-agensi di bawahnya untuk menangani gejala ini dengan mengadakan kempen kesedaran.

Dalam insiden awal pagi Sabtu, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan manakala 15 individu lagi dirawat di hospital.

Ekoran insiden itu, konsert itu yang sepatutnya berlangsung tiga hari dibatalkan pada hari terakhir semalam. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 8:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: