Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

6 selamat heli mendarat tengah laut

12 DIS: Sebuah helikopter yang disewa sebuah syarikat petroluem terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah laut kira 92 batu nautika dari pesisir pantai Bintulu, Sarawak sebelum tenggelam ke dasar laut setelah mengalami masalah teknikal dalam cuaca buruk.

Bagaimanapun dua juruterbang dan enam pekerja syarikat petroleum dalam pesawat berkenaan bernasib baik kerana terselamat.

Helikopter pengangkut jenis Sikorsky S-76 atau dikenali juga sebagai HX-1 sama seperti yang mendarat cemas sebelum tenggelam di luar pesisir pantai Bintulu pada Khamis.

Helikopter pengangkut jenis Sikorsky S-76 atau dikenali juga sebagai HX-1 sama seperti yang mendarat cemas sebelum tenggelam di luar pesisir pantai Bintulu pada Khamis.

Dalam insiden kira-kira jam 7.42 pagi tadi berikutan cuaca buruk kesemua mangsa sempat keluar sejurus sebelum pesawat pengangkut jenis Sikorsky S-76 itu tenggelam.

Semua mangsa yang terdiri daripada warganegara Perancis, Finland, Denmark, Norway dan Kanada kemudian diselamatkan oleh sebuah kapal yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Madang Usat berkata, sebelum kejadian, pesawat itu sedang meninjau lokasi penggalian minyak dan gas di kawasan perairan berkenaan.

“Kesemua anak kapal dan penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun masih menjalani rawatan di Hospital Columbia, Miri.

“Kes diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk siasatan lanjut,” kata Madang.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 December 2013 5:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: